Drama bila hati berbicara buatku gila _tersenyum sendiri

Drama bila hati berbicara ini betul-betul buatku gila tersenyum sendiri. Ahahah. Kadang-kadang geram juga tengok gelagat si emir yang bongkak itu! Semua orang tahu sekarang ni kecoh pasal drama cerita bila hati berbicara yang ditayangkan di tv3 setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00 malam hingga 8.00 malam. Drama ini buatku tersenyum sendiri. Hihi. Ianya mengisahkan tentang seorang wanita budak setinggan berkahwin dengan orang kaya. Rasanya hari ni dah masuk episod ke 24. Argghhhhh geram sangatlah dengan emir tu, asyik marah-marah ja tau! Rasa nak bagi  B-complex percuma ja kat dia untuk kurangkan stress dan kawal emosi negatif dia tu. Geram sangat-sangatlah dengan drama bila hati berbicara ni.

Mesti ramai yang suka tonton drama bila hati berbicara ni sebab kan emir kan. Kan .kan?comel sangatlah dia tu!!! Macam nak cubit je pipi dia yang tembam itu. Hahahaah. Tania yang juga memegang watak utama dalam drama bila hati berbicara pun cute juga kan. Meh kita tengok comel ka tidak mereka ni. Haa yang sebelah tu si bad. Badri namanya.




Badri, tania, emir

Tania ,emir



Tajuk : Bila Hati Berbicara
Channel : TV3 ( Slot : Akasia )
Masa : Isnin-Khamis 7.00 - 8.00 malam
Jumlah Episode : 32 episod

Antara pelakon-pelakon drama bila hati berbicara ini ialah :
Syafiq Kyle , Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Raja Ilya, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif, Raja Ilya

WATAK-WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha
Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura
Hafreez Adam sebagai Badri Fathul
Raja Ilya sebaga Babe
Azwan Kombos sebagai Taufiq
Idzham Ismail sebagai Zaidi
Hanna Aqeela sebagai Nadia

Sinopsis drama bila hati berbicara :

Drama maaf jika aku tak sempurna dah habis. Now hanti pula dengan drama bila hati berbicara. Drama ini sangatlah romantik. Sesiapa sahaja yang suka akan drama romantik sangatlah sesuai dengan drama ini. Ia membuatkan anda tersenyum sendiri. Kahhkahkahakah. Drama ini mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. 

Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. 

Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania. Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. 

Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat. Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). 

Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania. Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. 

Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Rakan Emir iaitu, Babe (Raja Ilya) yang juga kecewa kersna Emir tidak memilih dia juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

Gambar-gambar drama bila hati berbicara.











No comments:

Post a Comment