Faktor kerosakan gigi

FAKTOR kerosakan gigi bukan sahaja disebabkan kurang menjaga kebersihan gigi tetapi juga disebabkan tabiat yang dilakukan sehari-hari. Berikut terdapat lima tabiat yang mungkin kamu lakukan tanpa disedari yang mana antara faktor kerosakan gigi.



FAKTOR KEROSAKAN GIGI PERTAMA :
MEMBERUS DENGAN KUAT.
Menggunakan berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel. Jika itu berlaku, gigi menjadi sensitif serta menyusutkan gusi. Jadi, gunakan berus yang lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit. Disarankan menggunakan berus elektrik yang boleh memberus ke bahagian sukar dan membantu membuang lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa.

FAKTOR KEROSAKAN GIGI KE-DUA :
UBAT GIGI YANG SALAH.
Beberapa jenis ubat gigi terutama yang mengandungi tartar control bersifat tajam yang mana boleh menghakis enamel dan menyusutkan gusi. Bagi melindungi gigi, belilah ubat gigi yang mempunyai kandungan fluorida.

FAKTOR KEROSAKAN GIGI KE-TIGA :
JADIKAN GIGI SEBAGAI ALAT.
RAMAI yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan ikatan dengan menggunakan gigi. Tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada. Malah, mengunyah ais dan menggigit makanan yang keras seperti gula-gula juga boleh merosakkan gigi.

FAKTOR KEROSAKAN GIGI KE-EMPAT :
MINUM BANYAK SODA.
MINUMAN bersoda mengandungi asid fosforik yang boleh menghakis gigi. Disebabkan itu, sebaik-baiknya gunakan straw semasa minum soda bagi meminimumkan hubungan antara soda dan gigi. Pastikan juga, kamu memberus gigi selepas itu.

FAKTOR KEROSAKAN GIGI KE-LIMA :
ABAIKAN MASALAH GIGI.
GUSI berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan. Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari. Flos gigi juga dapat mengeluarkan plak.

FAKTOR KEROSAKAN GIGI KE-ENAM :
KEKURANGAN KALSIUM DALAM TUBUH 
Antara faktor kerosakan gigi yang paling banyak berlaku kepada kita ialah akibat kekurangan kalsium. Kekurangan kalsium menyebabkan gigi tidak kuat, mudah rapuh atau retak. Pertumbuhan gigi juga terbantut akibat kekurangan kalsium daripada tubuh. Kehilangan gigi di usia muda juga adalah disebabkan kurangnya kalsium dalam tubuh.

FAKTOR KEROSAKAN GIGI KE-TUJUH :
TERLALU SUKA MAKAN MAKANAN BERGULA, MANIS, COKLAT :
Faktor kerosakan gigi akibat makanan juga sangatlah popular terutamanya di kalangan kanak-kanak. Bakteria sangat dan suka akan gula. Makanan yang tinggi gula seperti coklat, gula-gula atau apa sahaja makanan manis boleh mengundang bakteria sekaligus merosakkan gigi.

Haaaaa...dah tahu kan tujuh faktor kerosakan gigi. Lepas ini silalah jaga gigi tu bebaik ok agar ssnyuman tetap manis. Tq u all.Dapatkan tips cara putihkan gigi.
Klik cara putihkan gigi secara semulajadi

Semoga info memberi manfaat kepada anda.

Saya : Daph Ne
SID : 1002963
Facebook : Daph Ne
Call/Sms/WhatsApp : 018-3506838
Area : Tuaran, Sabah.
Proses penghantaran : COD & perkhidmatan pos laju.
Like dan kunjungi :


No comments:

Post a Comment