Jenis-jenis durian dan cara pilih durian yang baik

Ada kawan saya kecian..durian d24 pun nda pena dgr. Jadi bha bulilah baca entrie n utk ketahui jns2 durian dan cara pilih durian yang baik. Semoga ianya bermanfaat ya. Thankss

Di Malaysia kini terdapat baaanyak jenis durian. Antaranya ialah :
▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪
D24
D99 (Kop Kecil)
D123 (Chanee)
D145 (Beserah)
D158 (Kan Yau)
D159 (Mon Thong)
D168 (Hajjah Hasmah atau IOI)
D169 (Tok Litok)
D175 (Udang Merah)
D188 (MDUR 78)
D190 (MDUR 88)
D189 (MDUR 79)
D197 (Raja Kunyit atau Musang King)
D101
Mas Pahang
Durian XO
Durian kampung
Durian tembaga

Cara-cara pilih durian yang baik.
▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪
1. Duri
Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

 2. Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis dan biji yang kecil atau kurus.

3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam. Nasihat saya, jangan cium lebih-lebih nanti luka pulak hidung anda yang cantik dan mancung tu.hahahah

4. Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

 5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jangan kuat2, kan tak pasal2 jatuh kena kaki, mana mo cari pasir?? Hahahah . Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

6. Tengok tangkai buah
Kalau gelap semacam comfirmlah buah tu dah lama sudah jatuh. Kalau berlendir dan masih cerah lagi memang ianya fresh dan baru jatuh. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap daripada biasa.

7. Perhatikan bontot alias punggung durian(kahkahkah)
Pilihlah buah yang belum merekah bontotnya. Ianya fresh lagi. Tapi kalau dah merekah dan kehitaman pula warnanya sahlah buah tu dah lama dan nak busuk.

8. Kupas dan rasa buah semasa beli
Inilah paling senang. Suruh aje penjual tu buka durian untuk elakkan tertipu. Kalau rasa tak sedap takyah beli dan cari kedai yang lain.hahahahaha

Selamat mencuba. Hihi



No comments:

Post a Comment