Petua mewangikan rumah secara semulajadi

Sesiapa yang klik entri ini saya pasti anda seorang yang sangat pembersih, suka akan wangian, pentingkan kesihatan, suka menghias rumah, suka akan suasanan tenang dan suka mengemas atau mendecokan rumah. Betul kan? Haaa tahniah dan teruskan kerana itulah yang sepatutnya kita amalkan. Entri kali ini saya akan berikan anda petua bagaimana mewangikan rumah, bilik atau mana-mana ruang yang anda ingin wangikan dengan kaedah semulajadi.

Seperti yang kita tahu wangian yang dijual di pasaran sangatlah tidak elok untuk kesihatan kerana ianya mengandungi  bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, eloklah kita ikuti petua mewangikan rumah secara semulajadi di bawah. Kita semua tahu bahawa semulajadi sangat berkait rapat dengan tumbuhan. Kita gantikan wangian bahan kimia dengan bahan semulajadi iaitu TUMBUHAN. Jom kita baca di bawah untuk ketahui beberapa jenis tumbuhan yang boleh kita manfaatkan sebagai wangian semulajadi kerana setiap tumbuhan tersebut mampu menghasilakn bauan yang sangat menyenangkan.



Petua mewangikan rumah secara semulajadi
Limau purut
- Sesiapa yang ada menanam pokok limau purut di halaman rumah sangatlah bertuah kerana buahnya boleh digunakan untuk mewangikan rumah iaitu hanya dengan membelahnya dan letakkan di mana-mana tempat yang anda suka. Hasil wangiannya sangatlah menyenangkan .



Petua mewangikan rumah secara semulajadi
Daun pandan
- Jika anda sering ke dapur anda mesti tahu daun pandan ini. Daun pandan ini sangat popular digunakan sebagai salah satu bahan dalam masakan. Ianya bertujuan untuk mewangikan sesuatu masakan. Selain itu, daun pandan ini juga digunakan untuk membungkus makanan, pengusir serangga, ubat-ubatan, kosmetik dan sudah semestinya dapat mengharumkan ruangan di rumah. Ianya boleh digunakan sebagai hiasan juga. Anda boleh membentukkanya menjadi bunga rose dan meletakkan dalam pasu lalu meletakkan di mana-mana ruang yang anda suka. Anda harus cuba petua ini. :)





Petua mewangikan rumah secara semulajadi
Bunga lili oriental
- Mesti ramai yang tidak mengetahui bahawa bunga ini boleh dijadikan sebagai wangian rumah. Caranya hanya potong akar dan simpan di pasu yang mengandungi air. Tiga batang bunga ini mampu digunakan selama dua minggu. Sesiapa yang ada menanam bunga ini di halaman sangatlah bertuah kerana anda tidak perlu membelinya di kedai. Anda boleh campur adukkannya dengan bunga lili oriental berwarna putih. Bukan sahaja boleh mengharumkan ruangan rumah sekaligus dijadikan sebagai hiasan. :) Mesti semakin berseri-serilah rumah anda dengan kehadiran bunga ini. :) sila cuba.



Petua mewangikan rumah secara semulajadi
Serai wangi
- Serai wangi bukan sahaja digunakan dalam bahan masakan, malah boleh digunakan untuk mewangikan rumah. Haruman yang tersendiri juga mampu menghalau nyamuk dan serangga. 



Petua mewangikan rumah secara semulajadi
Bunga mawar
- Saya pasti sesiapa yang suka menanam bunga mesti memiliki bunga mawar ini. Meskipun batangnya mempunyai duri tetapi bunga mawar ini tetap menjadi pujaan hati para wanita dek kerana kecantikan bunga ini. Anda pasti rugi jika anda tidak pernah menjadikan bunga ini sebagai wangian di rumah kerana bukan sahaja cantik malah wangiannya sungguh menyegarkan. Seperti yang kita tahu, kelopak bunga ini selalunya akan disimpan di katil bilik pengantin sebagai hiasan dan haruman. Caranya anda hanya perlu mengambil kelopak bunga mawar ni pelbagai warna lalu hiris memanjang dan campurkan dengan daun pandan yang dihiris nipis. Saya tahu anda pasti mempunya kreativiti tersendiri bagaimana untuk menghiasnya dan saya pasti anda sudah terbayang-bayang dan mahu cuba segera. :)



Petua mewangikan rumah secara semulajadi
Kulit kayu manis & cengkih
- Kulit kayu manis boleh menghilangkan jerawat hanya dengan menumbuk menjadi lumat lalu mencampurkannya dengan madu. Selain itu, kulit kayu manis dan cengkih mempunyai haruman yang tersendiri. Ianya boleh mewangikan ruangan rumah anda.


Petua mewangikan rumah secara semulajadi. 
Daun pudina 
- Jika saya ke pasar KPD likas, saya mesti beli daun pudina ni. Saya masak daun untuk buat sup campur telur. Memang sedap dan rasa sangat segar. Caranyw anda hanya perlu merendam beberapa helai daun pudina di bekas yang berisi air dan meletakkannya di mana-mana sudut. Anda boleh meletkaknya di meja ruang tamu juga. Ianya boleh bertahan selama dua hingga tiga hari.




Petua mewangikan rumah secara semulajadi
Lemon, limau kasturi dan limau nipis
- Ketiga-tiga buahan tersebut mampu menghasilkan haruman yang sangat menyegarkan. Oh!! saya sangat suka akan bau lemon. Fuhh!!!!! Lemon tea panas-panas pun sedap ;). Selain disimpan diruangan rumah, buahan ini juga boleh diletakkan di peti sejuk untuk menghilangkan bauan kurang menyenangkan. Sila cuba jika tidak percaya.




Petua mewangikan rumah secara semulajadi
Bunga kenanga
- Saya pernah membaca entri bahawa bunga kenanga ini boleh dijadikan wangian semulajadi di rumah. Harumannya dikatakan sangat lembut dan segar. Saya belum pernah melihat bunga ini tetapi mungkin anda ada menanamnya maka anda harus cuba. 


Bersih, kemas, teratur, indah, cantik dipandang untuk sebuah rumah tidak cukup sebenarnya. Kita perlu juga menitikberatkan dari segi haruman. Bau-bauan yang kurang menyenangkan terutama di bahagian dapur dan bilik air haris dielakkan. Maka gunalah pewangi untuk memastikan rumah sentiasa menyenangkan. Tapi seeloknya kita mewangikan rumah secara semulajadi. 

Tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli pewangi sintetik(mengandungi bahan kimia) tetapi kita gunakan wangian daripada tumbuhan semulajadi seperti di atas. Ianya bukan sahaja kos rendah malah cantik untuk dijadikan hiasan dan paling penting SELAMAT. Terima kasih kepada anda yang sudi membaca entri petua mewangikan rumah secara semulajadi ini. Saya izinkan untuk anda share.
klik link facebook share :)

No comments:

Post a Comment