PETUA-PETUA BERGUNA

1) TIPS SUARA LUNAK.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Ada sesiapa yang penyanyi sini atau suka karaoke?
Cubalah salah satu atau kedua-dua petua di bawah ini untuk mendapatkan suara yang lunak.
*Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi.

●● Ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

■■ Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

Selamat mencuba :)

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

2) Petua-petua Hilangkan Sakit Gigi :
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

1) ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

2) campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

5) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

3) 20 TIPS mencegah keputihan/menjaga alat sulit : 
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
1) Digalakkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air.

2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyaknya darah. Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan ‘tampon’mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurankan risiko jsngkitan kuman pada pundi kencing.

6) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan ,lebih baik memakai penty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan. Panty liner juga perlu kerap ditukar. Jangan melebihi 5 jam sehari terutamanya pantliner jenis ultra.

7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur . Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu –waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak ,berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin.Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak,supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak.Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal. Digalakkan mengambil supplement untuk mengelakkan jangkitan.

12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran.Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

13) Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal,pedih,kemerahan,wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

14) Digalakkn mengamalkan pengambilan vitamin C 500 mg 2 x1 hari untuk meningkatkan asiditas vagina.

15) Dimestikan seluar dalam sentiasa kering. Kuman mudah merebak di tempat yang lembap. Wanita juga harus menggunakan seluar dalam jenis cotton.

16) Pengambilan minuman yang mengandungi lactobasilus acidoplius yang terdapat pada minuman yugart (plain yugart) dapat mengurangkan / mengelakkan jangkitan candida penyebab keputihan.

17) Wanita juga harus mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi banyak gula seperti kuih donut/ minuman bergas dan minuman sejuk.

18) Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

19) Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

20) hindari pengambilan pil perancang keluarga.

+++++Jika wanita hamil yang mengalami keputihan boleh mengambil GARLIC shaklee. Ianya semulajadi dan selamat untuk bayi dalam kandungan.

+++++wanita yang tidak hamil boleh mengambil alfalfa dan vitamin c sebagai antibiotik semulajadi.



4) PETUA PUTIHKAN GIGI DENGAN CEPAT

1) MENGGUNAKAN BAKING SODA
Cara untuk memutihkan gigi dengan cepat yang pertama adalah dengan baking soda. Kandungan yang ada di dalam baking soda dapat menghilangkan noda yang terdapat di permukaan gigi. Caranya adalah dengan mengoleskan baking soda di permukaan gigi yang kuning, lalu biarkan sekitar 10 sampai 15 menit. Setelah itu berus gigi sampai bersih dengan menggunakan ubat gigi. Jangan terlalu kerap memutihkan gigi menggunakan baking soda ini kerana ianya dapat merosakkan lapisan gigi. Cukup amalkan 1 sampai 2 kali saja dalam satu bulan.

2) MENGGUNAKAN ARANG
Ada cara memutihkan gigi secara tradisional, iaitu dengan menggunakan arang kayu. Memutihkan gigi dengan menggunakan arang kayu terbukti efektif dan telah dilakukan dari sejak zaman dahulu. Caranya adalah dengan mengambil arang kayu secukupnya, kemudian tumbuk hingga halus dan gunakan sebagai ubat gigi. Jangan gunakan secara berlebihan, cukup satu kali dalam seminggu kerana memutihkan gigi dengan menggunakan arang kayu juga dapat merosakkan lapisan gigi.

3) MENGGUNAKAN DAUN SALAM
Kandungan yang dimiliki oleh daun salam ternyata dapat juga digunakan sebagai salah satu tips cara memutihkan gigi dengan cepat. Caranya adalah dengan mengambil beberapa lembar daun salam, lalu jemur sehingga kering. Hancurkan daun salam kering tersebut dan gunakan untuk menggosok gigi yang kuning. Agar lebih mudah untuk digunakan, daun salam dapat dicampur dengan bahan lain seperti bubuk kulit jeruk dan sebagainya.

4) MENGGUNAKAN KEJU
Keju merupakan salah satu jenis makanan yang banyak sekali manfaatnya, termasuk untuk memutihkan gigi yang kuning. Caranya sangat mudah, makan secara rutin keju untuk memutihkan keju dari dalam tubuh.

5) BERHENTI MEROKOK
Cara mudah memutihkan gigi dengan cepat, khususnya bagi lelaki adalah dengan mengurangkan atau berhenti merokok. Kandungan yang ada di dalam tembakau dapat menimbulkan noda di lapisan gigi. Selain berguna untuk memutihkan gigi, berhenti merokok juga sangat baik untuk kesehatan secara keseluruhan.


No comments:

Post a Comment