bahaya osteoporosis

Kepentingan dan Kebaikan Kalsium

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal.

Kalsium memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk  tulang dan pembentukan gigi. Kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam penguncupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. Selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.

Keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Lebih daripada 99 peratus kalsium badan disimpan dalam tulang dan gigi manakala baki 1 peratus didapati dalam darah, otot, dan cecair antara sel-sel.

Kalsium hilang dari badan setiap hari melalui air kencing dan najis, dan jumlah surih hilang melalui peluh, kulit, rambut, dan kuku. Kalsium yang hilang biasanya digantikan dengan kalsium daripada makanan. Jika diet tidak mengandungi kalsium yang mencukupi atau badan kita tidak dapat menyerap kalsium yang mencukupi daripada sumber makanan @ supplement,  badan akan bertindak mendapatkan kalsium yang diperlukan daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.
Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.

Pada tahun 2009, dilaporkan lebih sejuta penduduk Malaysia menderita osteoperosis. Osteoperosis atau poros tulang adalah sejenis penyakit metabolik di mana tulang mengalami kerapuhan sedikit demi sedikit lalu boleh mendatangkan risiko kepada keretakan tulang terutama kepada bahagian pinggul, tulang belakang dan lengan.

Pada tahun 1997, kejadian tulang pinggul retak di Malaysia bagi yang berumur 50 tahun ke atas adalah 90 orang bagi setiap 100,000 kes. Kadar kematian juga tinggi bagi keretakan pinggul ini dengan 20-25% mati pada tahun pertama selepas mengalami keretakan. Osteopreosis boleh berlaku kepada lelaki dan wanita tetapi wanita lebih berisiko menghidapinya terutama setelah menopaus. Osteoperosis ini juga disifatkan sebagai epidemik senyap kerana kebiasaannya, kita memang tidak akan tahu kita menghidap osteoperosis sehinggalah mengalami keretakan tulang.

Bagaimana osteoperosis berlaku? Kekurangan kalsium (calcium deficiency) atau hypocalcemia. 

Kekurangan kalsium bermakna kadar kalsium di dalam darah rendah. Bila ini berlaku, badan kita akan ambil kalsium dari tulang dan gigi untuk stabilkan kadar kalsium dalam darah. Jika proses ini berlanjutan, lama kelamaan tulang dan gigi kita akan menjadi poros (low density) lalu mengakibatkan osteperosis.

Antara simptom-simptom awal kekurangan kalsium adalah:
Tetany - kekejangan otot, kebas dan berdenyut-denyut pada jari, lengan dan kaki
Insomnia - susah tidur, tidur tak lena dan tak puas
Gigi reput/pecah
Tulang poros
Kuku mudah patah dan pecah-pecah
Lambat baligh - kekejangan PMS

Kekurangan kalsium pada kadar sederhana pula akan mengakibatkan simptom-simptom berikut:
Osteoporosis 
Sakit sendi
Kadar kolesterol tinggi
Kadar denyutan jantung perlahan/terlalu laju (Heart palpitation)
Kecacatan/lewat kadar tumbesaran
Eczema

 Anda ada simptom-simptom di atas? Tingkatkanlah pengambilan kalsium harian anda kerana tubuh kita akan menggunakan kalsium yang berlebihan untuk membina semula tulang dan gigi. Antara makanan yang mengandungi kalsium tinggi ialah sumber tenusu, bijan, almond, flax seeds, tauhu, sayur berdaun hijau, ikan herring dan lain-lain.

Cara yang lebih senang dan selamat, amalkan pengambilan Shaklee Osteomatrix. Osteomatrix mampu membekalkan keperluan kalsium harian yang secukupnya untuk badan anda. Osteomatrix bukan sahaja mengandungi kalsium, malah ia juga mengandungi magnesium dan vitamin D bagi memastikan kalsium dapat diserap dan menjalankan fungsinya dengan baik.

  • 1,000 mg (100% DV) of elemental calcium from nature’s most concentrated and easily absorbed sources
  • 400 mg (100% DV) of magnesium to help incorporate calcium into bones and strengthen them
  • 400 IU (100% DV) of vitamin D to stimulate calcium absorption

Kajian menunjukkan, menjelang 2050 kes retak pinggul dijangka meningkat sebanyak  310% bagi lelaki dan 240% bagi wanita. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik. Pastikan tubuh anda mendapat kalsium yang secukupnya.

BAHAYA OSTEOPOROSIS @ TULANG RAPUH :::
Ramai dikalangan kita yang tidak terdedah dengan kewujudan Osteoporosis malah penyakit ini juga di pandang ringan. Hakikatnya penyakit ini menyebabkan kerapuhan tulang yang dialami 200 juta wanita di seluruh Dunia. Di Malaysia pula dianggarkan sejuta orang berhadapan risiko osteoporosis dengan 29 peratus daripada lelaki.

 Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr Lee Joon Kiong, berkata "satu daripada tiga wanita, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas dan satu daripada lima lelaki menghidap Osteoporosis, manakala 25 peratus wanita tua yang dikenali pasti mempunyai penyakit itu, meninggal dunia akibat keretakan tulang. Apa yang membimbangkan penyakit yang dianggap pembunuh senyap. Pelbagai lapisan usia masyarakat khususnya golongan muda perlu didedahkan dengan risiko penyakit ini dengan lebih kerap" katanya pada Majlis Pelancaran OASKL, di ibu negara baru-baru ini.

Kajian mendapati 25 peratus wanita meninggal dunia dalam tempoh lima tahun selepas mengalaminya, manakalanya selebihnya lumpuh dan terpaksa hidup bergantung kepada tongkat.

 OSTEOPOROSIS :

    Mengurangkan kemampuan tubuh menggantikan tulang lama dengan yang baru
    Berlaku akibat kehilangan isi pada tulang sekali gus menyebabkan ia mudah retak.
    Osteoporosis berlaku dalam tempoh lama. Pesakit boleh merasakan kesakitan hanya kerana duduk terlalu lama, berdiri, batuk malah berdakap orang disayangi juga boleh menyebabkan keretakan.
    Ramai menyangka mereka tidak akan mengalami osteoporosis jika mengekalkan kesihatan dan gaya hidup aktif. Malangnya osteoporosis adalah penyakit senyap tanpa petanda awal. Pesakit tidak berasa sakit sehingga mereka mengalami keretakan tulang.

PUNCA OSTEOPOROSIS :

1). Kekurangan KALSIUM. Wanita yang kurang pengambilan kalsium.
2). Gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok, mengambil alcohol, pemakanan tidak seimbang dan tidak bersenam.
3). Dikalangan wanita yang merokok 'membantu' menurunkan tahap estrogen yang secara  tidak langsung menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sebelum putus haid.
4). Kajian mendapati 60 peratus kes osteoporosis turut disebabkan oleh faktor genetik. Ini bermakna mereka yang mempunyai sejarah seperti ibu mengalami osteoporosis, berisiko tinggi menghidap penyakit itu kelak, justeru LANGKAH PENCEGAHAN perlu dilakukan sejak awal bagi mengelakkan atau mengurangkan risikonya.

CARA MENCEGAH :

1). Bersenam yang kerap dan terayus membantu menguatkan tulang dan otot sekali gus mencegah kehilangan kepadatan tulang.
2). Kegiatan seperti berjalan, berlari, menari adalah antara senaman yang baik untuk mencegah Osteoporosis.
3). Selain itu Diet yang memperkaya kalsium mambantu menguatkan tulang. Bagaimana sekiranya anda seorang yang tidak suka dengan susu ? Anda boleh mengantikannya dengan pengambilan suplement yang membantu dalam pembekalan kalsium dalam keperluan harian.
4). Pengambilan vitamin D juga penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium.

Dr Lee berkata "penyakit tulang rapuh TIDAK WAJAR dianggap sebagai penyakit yang dihidap oleh golongan tua SAJA memandangkan ia juga berisiko dialami golongan muda seiring peningkatan usia mereka".

Siapakah yang lebih terdedah kepada masalah kehilangan jisim tulang?
  • Wanita, terutama yang mengalami haid tidak teratur.
  • Wanita lepas menopos.
  • Mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga mengidap osteoporosis.
  • Mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif.
  • Perokok.
  • Mengambil alkohol.
  • Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang mengganggu penyerapan kalsium.
  • Mereka yang kurang kalsium dalam diet harian.
 OsteMatrix terbukti secara klinikal dapat menyediakan nutrisi penting serta unik dan melebihi fungsi kalsium dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat serta membantu mengurangkan risiko osteoporosis. OsteMatrix juga menyediakan satu Matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat

No comments:

Post a Comment